Tentang kami

Daripada tanah

Ingat, tubuh kita daripada tanah. Asal kita daripada tanah. Apa sahaja yang dihasilkan daripada tanah, yang keluar daripada tanah — seperti minyak habbatus sauda, seperti madu, dan seperti makanan-makanan yang lain — semua akan memberi kesan yang baik kepada tubuh kita. Tapi dengan syarat kalau kita pakai mengikut dosnya yang telah dianjurkan.

Babalong

Dua jenama, satu kedai

Babalong ialah kedai. Di dalamnya ada dua barisan produk.

MASA Produk keluaran MASA Trading, Madrasah Syekhul Ariffin, Jasin, Melaka. Madu Tualang, Minyak Habbatus Sauda, Garam Mandian.
by Babalong Barisan Babalong sendiri. Kismis Zakiyy, Kasturi Bintil Kijang, Kasturi Amber, Wangian AN dan tasbih teras kayu.

Setiap pembelian membantu madrasah

Produk MASA bukan keluaran kilang komersial. Ia keluaran sebuah madrasah, dan hasilnya kembali kepada madrasah itu.

Setiap keluaran madrasah adalah bertujuan untuk membantu operasi madrasah, pembangunan madrasah.

Babalong

Bila anda ambil sebotol madu atau sebotol habbatus sauda, anda bukan sekadar membeli produk. Anda menyumbang kepada sebuah tempat belajar.

Semua sudah didoakan

Setiap keluaran madrasah ini, baik madu, baik habbatus sauda, semua sudah didoakan dan dizikirkan.

Babalong

Untuk tasbih, Babalong menambah satu lagi lapisan — setiap tasbih dibimkan doa-doa khusus dan diisikan nama empunya. Tasbih yang sampai ke tangan anda memang dibuat untuk anda.

Kami tidak melebih-lebihkan

Ini perkara yang Babalong tegaskan sendiri dalam videonya:

Saya tidak mahu bercakap tentang khasiat yang banyak. Kalau sudah maklum, kita boleh cari sendiri.

Babalong

Produk di kedai ini ialah makanan, kosmetik dan barangan amalan. Ia bukan ubat. Kami tidak mendakwa ia merawat, mendiagnos atau menyembuhkan sebarang penyakit.

Nasihat Babalong

Kalau kita ada makan ubat-ubat hospital, pastikan kita asingkan, jarakkan antara makan ubat hospital dengan kita makan supplement-supplement alami ini. Kita cuba dulu dengan dos yang sikit, sekiranya nampak lebih selesa, boleh tambah.

Letakkan kuasa pada tempatnya

Sebagai seorang Islam kita janganlah meletakkan kuasa makhluk mengatasi kuasa Allah SWT. Sesungguhnya makhluk tiada kuasa. Anggaplah ini sebagai suatu usaha dan ikhtiar yang dikurniakan oleh Allah SWT pada alam ini.

Babalong

Di mana kami

AlamatMadrasah Syekhul Ariffin,
Lot 1622 Jalan Tambak Merlang 2,
Simpang Bekoh, 77100 Jasin, Melaka
PesananTroli di laman ini atau WhatsApp
Kedai rasmibabalongshop.onpay.my

Kita berikhtiar.
Allah yang menyembuhkan.

Ayat ini tercetak pada label Garam Mandian MASA.

Lihat Semua Produk